Skip to main content

Posts

Featured

Sepetang di kafe Jibril, Subang Jaya.

Awas: Ini adalah ulasan tentang persahabatan dan santapan. Jika kalian mencari hal-hal mengenai susastera dan segala jazz itu kalian sudah boleh mengetik punat 'sebelumnya'.


Tempoh hari aku ke Jibril lagi bersama Nasrudy Arief dan Khairul Naim. Hari sabtu itu memang berbahang. Kami baru sahaja menghadiri majlis pernikahan teman sefakulti di IPK Shah Alam dan sekarang kami ingin menghabiskan sisa hari seperti mana-mana warga Malaysia baik dan beradat yang lain - mengopi dan merokok di tempat yang dingin dan nyaman. Setelah kami berbalah tempat-tempat yang ingin kami tujui, akhirnya salah seorang daripada kami memaculkan 'Jibril' ke tengah gelanggang perdebatan dan masing-masing bersetuju sebulat suara tanpa sebarang bantahan. Kereta kami akhirnya dihidupkan menghala ke SS15, kayangan hipster kota di Subang Jaya.

Saya pernah ke Jibril beberapa kali sebelum ini. Cuma semenjak beberapa detik ini saya tidak sempat untuk mampir ke sana kerana beberapa hal: kekangan waktu, ke…

Latest Posts

Retrospektif Oktober.

Bahasa Mix? Jiwa urban atau teh tarik tiga lapis?

Hakikat keinsanan Nietzche.

Homaj buat Kuantan.

Tentang KL Reviu #satu

Kelab Pemuji Serasi

Dunkirk dan musuh tak berwajah.

Memahami dasein

Bebelan tentang falsafah anda.

Via lensa.